aku benci kau :)

kenapa kau buat aku macamni ? :)
kenapa kau boleh usha awek, tapi aku tak boleh ? :)
puashati aku sekarang :)
dah clash dengan kau :)
lepasni kan, kau takpayah susahsusah nak panggil aku SAYANGGG :)
secara iklasnya, bukan aku sayang kau pun :)
kejam kann aku? :)
dah tahu aku kejam, apajadah coup dgn aku?
blah kau jauhjauh :)

dah berapa lama tak update weh ?

yang kau tanya orang tu macam laa orang tu tahu yang kau dah berapa lama tak update fidaa oi. kesian belog busuk kau ni. dah berhabuk dah haa =,= kau tu dah la pemalas, kemas rumah pun malas, masak pun tak reti. choiii.


Aku nak cerita pasal sekolah baru aku yang tak berapa nak menarik sangat tu :) hehe
sumpah tak best sekolah kat sini. tapi disebabkan ayah aku ni sangat dan tersangatsangat baikhati pergi mintakkan aku kat sekolah tu, Apa boleh buat kan? terima jelah seadanya.


haha, lepas seksaan minggu orentasi selama seminggu. baru lega usus aku nak menghadam :) alhamdulillah.
kat sekolah ni pelik, aku pun tak paham. kalau kat sekolah lama dulu bilabila masa je aku boleh keluarmasuk kantin sesuka tahi hidung aku. Tapi bila kat sekolah baru ni lain pulak cerita. Terpaksa ah aku memujuk perut aku yang comel ni supaya bersabar dan menahan lapar untuk beberapa minit dan saat. pahampaham jelah, perut buaya ni.


cerita pasal balik sekolah ? lagi aku taktahan. kitorang balik pukul 3.15. hahahahampeh betul. Waktu subect terakhir tu, aku dah fikir dah, 'apa ah yang mak aku masak kat rumah ni?' bagus betul kan aku ? haha. jeles aku bila tengok budak tadika kemas balik cepat tau. Rasa macam nak masuk tadika balik.


Cikgu kelas aku namanya Rizal. Rizal bin apa entah. aku pun dah lupa. hehe. aku pulak dapat kos pengurusan perniagaan. Teringat pulak, dulu nad ada tanya, 'kau amek kos apa fida?' haha, aku jawab pengurusan jenazah. tergelak2 dia, entah apa yang kelaka sangat pun aku tak tahu. oh lupa nak bagitahu, nama kelas aku 4PPN2, salam perkenalan and nice to meet you :)


Aku ada kawan ke ? jawapannya, mesti ah ada. masa orentasi , orang pertama yang tegur aku dan terlampau peramah sangat ialah, isha :) nama dia nurul shahira binti zamri. dia memang peramah dan comel. hahaha *isha toksah kembang bontot okay? terima je seadanya yang kau tu memang comel. Actually ada lagi 2, nama dorang zakiah dgn roziatul. Okay, secara jujur dan ikhlasnya aku malas nak cerita pasal diorang. Sebab aku tak berapa nak suka sangat diorang tu. kelamkabut. serious. *jujurkan aku? eheh. Kitorang ditakdirkan untuk masuk kelas yang sama, oh malang sungguh nasib aku dpt kwn sekelas macam kiah dgn tol tu. Sebelum terlupa, kawan yang aku sangat rindu sekarang ni ialah iirma fazira :) pehhh namaa. *apapasat rindu2 bagai ni? iwang siot aku,


30haribulansatu, apa akan terjadi? aku masuk asrama laah dude :)
poyo kan aku? masuk asrama pun nak masuk belog. Ehhh kau, waddehel? belog aku okay, sukatahi aku lah nak buat hape. Kau jeles? padan muka kau.



okay, dah tamat, aku penat. Nak makan :) kboi

PMR omagiee --"

takut tak takut tak ? lagi due minggu je weh, pejam celik berak kencing makan minum pastu PMR dah setat . amboiii. lagi 2 minggu je -,- equal to 14 hari . kalau buang hari tu tuka jadik tahun kan best. haha. aku tenguk izzi dengan zyk lagi tak boleh tahan --' boleh lagi diorang tak datang sekolah. senang lenang je aku tenguk hidup diorang. jeless aku --' memang tahan mki punya budak. kebal wehh, kene bebel tak tembus. haha

rayaaa :)

yayyayayayayyyy rayaaa :)

takdapat banyak duit punn :( iskh iskhh dah tua ke aku ? tapi aku rasa aku muda lagi. ekeke

tapi jangan risauu, duit ni cukupcukup untuk aku beli apa yang aku nak selama ni. hohoho. amondoo tu ? adellllaaaa . mane buleh bagitahu. rahsia :P haha lagi pun korang bukan nak tahu sangat pun kan ? jadi tak perlulah aku bersusahpayah nak kene bagitahu :) ok thanks korang. hee

raya sungguh takbest --" aku kurang dapat duit raya. yang banyak dapat arissa je . cis berani beliau rampas takhta aku. tak cukup kecik ke badan aku kau tenguk ? aku rasa budak darjah lima yang obesiti pun lagi besa daripada aku. haha. memanglahh :P bengong aku nih

sorry lahh, takdapat upload :D

cuma ada saguhati sikit daripada aku :) okay nikmati puaspuas muka huduh kami


tips untuk meniru masa PMR :)

ASSALAMUALAIKUM *permulaan yang sopan :)

korang mesti tak sesaba nak amek PMR kan ? hahah . aku tahu. aku pun tak sesaba nak habis PMR

disini aku sebagai pemilik blog yang tak bertauliah ingin memberi tips yang perlu digunakan untuk meniru masa PMR tatapi tidak digalakkan untuk mencuba.tapi kalau nak cuba boleh jugak, aku tak pernah halang cuma korang perlu pastikan risiko tu tanggung sendiri.

* first of all, nak tanya korang, korang nampak tak pengawas yang jadik jaga dalam dewan nih ?haaaa, nampak kan ? punya laa berlambak pengawas dalam nih nak meniru pun takde can.puas aku fikirkan untuk korang cane laa nak bg korang tiru ni kan. muehehe. so, aku kan 'baikhati' maka dengan itu, aku pun memberikan tips dengan hati yang rela tanpa dipaksa. haha
Actually, pengawas yang adea kat sni merupakan satu tunggak kejayaan untuk kita meniru. cewahh bersastera pula aku disini. pengawas2 ni semua merupakan alat komunikasi untuk kita berhubung sesama makhluk semasa didalam dewan nih.

* Cani lah. aku maleh nak taip pepanjang. korang cuma perlu tulis jawapan2 di atas kertas A4, camana nak tahu jawapan ? alaa, kan cekgu dah bagi soalan ramalan, mesti banyak yang kelua punyaa. so, korang mestiulah dah ready dr rumah lagi tau. kalau tk menyusahkan aku je bagi idea bernas nih.

* kertas yang dah siap dengan jawapan tu abaikan untuk seketika. Bahan seterusnya yang diperlukan adalah gam, takkira lah gam gajah ke gam uhu ke jangan penghidu gam suda. itu bahaya dan amat berisiko. haha.

* sebelum masuk dewan, kenalpasti pengawas2 yang jaga dewan tu. Then amek saltip ato gam atao kertas yg dah ready dgn jawapan tu.and then korg dikehendaki menampal kertas tersebut dgn nada yang amat senyap sekal.kalo bole bunyik nafas pun xde.oh lupe pulak nk bgtw korg kene tampal kt belakang pengawas tu td.jgn smpai tersalah tampal.buruk padahnye nanti.ekeke

*okay,dah smpai di penghujungnye,pastikan pengawas2 tuh xperasan kertas at the back tu.haha.okay,akhir kata,selamat mencuba dabn semoga dpt menjawab pmr nnt.haha okay byee

siap pun jiran aku punya jamban :D

AKHIRNYA ! dapat jugak aku tidur dengan dengan aman dan damai beserta hati yang tenang tanpa gangguan atau sebarang ancaman bunyik dari rumah jiran sebelah :D

anything that i ever wanted to say ? ouh nothing -,-

wuarghhh ! okay, yawning already :) tidur dulu .

buadd dajjal kejap

keje aku buad dajal . memang ta dpt gaji . tapi aku suke la buad dajal ni . itu memang antara salah satu hobi aku yang mulia . haha . mari tengok ape yang aku buad .

budakbudak ni kene dende .


zaqwan yang kene dende .


ni hazuan yang hampeh maen skateboard .


haa.lawak tak lawak tak ? ko gelak ko gelak . ko tak gelak aku bunoh . ngahahhahah


copy and paste :)

dari belogg lama , saya renew kan balek untuk tontonan anda semua :)


buad kali pertame . aku ingin mempersembahkan . budak prmpuan klas aku . hihih .
naseb baik aku ta kne dende . klau aku kne dende . sape na tlg rakam kan ? hahah .



oh tida . mr.K aku kene dende . haha . pdulik hape ? aku rakam jugak . hihiihi .

wahh, dah jadi duta produk skarang nii :P







UNTUNGGLAHH kan ? :P untung hotakkau lah, haha

kelembutan softlan, semurni top

ape punya tajukk kurang waras aku letak tu ? takpe, abaikan beliau. Rindu aku tak ? aku tahu korang rindu, haha. aku dah lama tak menaip, bila dah lama tak menaip mulalah rasa sengal sengal tulang, sengal sengal bontot. ish kurang senonoh betul laa aku ni, haha

Adoyy, semakin hari semakin bertambah berat badan aku yang keding ni. Mak aku ni pun seko, apsal la suka sgt masak bende yang sedapsedap. dah la aku ni kuat makan, ditambah lagi dengan kuad tido. Memang syok lah kalau digabungkan menjadi satu iaitu PEMALAS. Skarang dah masuk bulan feb, tak lama lagi birthday aku, aku nasihatkan kat anak anak muda belia kat luar sana, bagi la aku adiah befday sementara aku masih hidup ni, ^^ hidup ni bukannya lama, bole cuma sekalii, soooo, kita enjoyy! kepala otakkau enjoy. haha. jgn lupaa 19febuari.

Lepas bulan feb abis, maka bermula kehidupan seterusnya yang lebih mencabar. aduii, takpelahh, mak aku dah bising dah suruh aku pergi mandi tu, kang kalau tak bhnti maka berkulatlah telinga aku mndengar bebelan beliau. kan kan ? jadi baik aku blah dlu. tata :)

siapakah tokoh yang tidak berguna tersebut ?


haha, innocent this boy, who do not recognise the wolf in sheep clothing :)
lantak kau la zi, aritu kau caba aku suh masukkan gmba ni ken ? and now aku dah masukkan, so, apeape komen sila nyatakan di wall aku yang bersih lagi suci berseri tu ek :) sekian , terima kaki .

zaman kegemilangan :')


sape fidaa hawks tuh ? ingat tak anda siapakah tokoh yang tidak berguna tersebut ? HAHA, mengutuk diri sendiri pulak aku nih~ fidaa hawks tak ada lagi mungkin, dia nak PMR tahun nih doakan beliau supaya dapat straight A cemerlang gemilang terbilang yaw ^^ doa doamu amatlah ku hargai sepanjang masa :)

masih ada kesempatan ^^

Salam, masih ada kesempatan untuk aku menaip di belog, walaupun kesempatan itu amatlah sekejap namun, aku tetap merasa bersyukur di atas kesempatan itu. Haha, ape aku taip ni, macam keling paria dah =,=
Okeh, nak cite nih. Harini aku dapat anak sedara, hensem wehh ! macam makcik die. Malam tadi tido dekat appartment, pastu pagi tadi aku bangun agak awal. Macam biasa laa, abang ngn kaka ipar aku mesti belum bangun punya en, aku bangun awal bukan sebab apa, cuma ekseted nak masuk kelas tusyen je. HAHA. siot. Mak aku yang tatau cite pun terkejut kambing gurun tadi, haha. Die ingat abang and kaka ipa aku still tidur lagi dalam bilik.
Pagi tadi kami menerima satu panggilan. Satu panggilan ke dua panggilan entah, tapi yang pasti ade panggilan la. haha. Along aku yang call, die cakap kat maa aku yang kak dibb dah bersalin. aku yang masih mamai tibatiba menjerit. "HAAAA ? ALONG BERANAKK ?" *bengong =,=

Aku pun terus gi mandi, agak mereng keadaan aku mandi, ubat gigi aku letak kat muka aku buat facial treatment =,= pastu shampuu sunsilk aku letak kat badan aku ingat tu shokubutsu, mandi pun mamai mamai je. aduii ~ HAHAHA.
Bila sume dah siap, kitorang pun gerak la pergi matahari height bagi sebutan nenek aku pulak 'matarehat' hahahha, tegelak gelak aku dengar. Sampai kat dataran senawang tu, ayah aku dah jem pale otak. *sesat jalanlah tu :p haha.
Bila dah sampai je hospital sulkhimi tu, aku yang masuk . Yelaa , ekseted gila nak tengok anak sedara kan, HAHAH, nak tengok gambaaa ?



Nama beliau ARRISA :) pendek je nama die ^^


malam tahun baru :)

Apa azam tahun baru saya yea ? Seperti yang anda lihat di status facebook saya yang baru diupdatekan beberapa hari lepas, "my new year resolution is I want to study hard, respect all my teachers and doing good to my friends" betul ke salah ayat aku tu entah, ahh abaikan. HAHA, jangan salah anggap, tu bukanlah azam aku yang sebetulnya, azam aku yang sebetulnya ada kat dalam diary. Wah fidaa ada diary ? BHAHAHAHAHA, menakutkan. Tapi tulah hakikatnya, aku memang ada diary. Bunga-bunga dolly sebagai tema diary aku, agak menggelikan. hihi.

Ohh, sebelum menyinggah ke arena sukan, aku ingin berpolitik sebentar. Mengenai azam tahun baru aku tu, aku sebenarnye malu la nak taip nak bgtaw kat belog aku yang tercinta ni, tapi apa boleh buat ? die ni dah macam husband aku yang kelapan dah pun, kami tak boleh dipisahkan melainkan takdir yang menentukan *cewahcewah. bhaha. ni lah akibatnya kalau terlampau banyak membaca novel-novel CINTA :P

Hm, diikutkan nafsu , aku taknak bagitahu azam aku ni, diikutkan hati mau lama pergi mati dah. HAAA, dah sampai seru dah, aku kene bagitahu jugak. Sebenarnye dari tadi lagi aku nak bagitahu cuma saje je buat suspenda sikit. Hohohoh. azam tahun baru aku ada banyak :


1. Nak belajar, tanak mainmain dah. Lepas kahwin nanti baru main, hihi
2. Tanak tido dalam kelas sejarah dah, tido dalam kelas english pulak.
3. Nak solat penuh sehari semalam, esok dan selamanya, insaf dah aku ^^
4. Tanak buli kengkawan, budak kecik mahupun sedara mara belah bapak & mak.
5. Saya tanak makan sikit-sikit, saya nak makan banyak-banyak
6. Saya akan berusaha mematangkan perangai saya sematang yang mungkin.
7. Saya akan pastikan result PMR saya mencapai klimaks nye, bhahaha
8. Menghormati kedua ibubapa & juga guruguru, semua guru di bumi termasuklah guru ujian memandu kereta.
9. Saya akan pastikan tiada lagi jurang persalahfahaman diantara aku dengan syapeq mahupun dengan bf-bf yang seterusnya. ^^
10. Dan juga, saya akan memastikan yang saya akan berhati-hati ketika melintas di jalan raya, jalan sehala, jalan kerahmatullah dan juga jalan-jalan yang sewaktu dengannya ^^


Suara itu memanggil-manggil . . . .

Pernah tak engkau terfikir bila engkau akan meninggal ? Kalau tak pernah, cuba-cubalah bawak berfikir bilakah engkau akan meninggal. Bila-bila masa je weh, takut tak ? mestilah takut en. Semalam aku mimpi ATUK, bukan atuk belah bapak aku, mahupun atuk belah mak aku. Atuk ni bernama Jamil bin mohsin, comel kan nama arwah ? Dalam mimpi tu dia ada bagitahu something tentang future aku, aku taktahu nak percaya ke tak. Apa dia ckp, aku takboleh bagi tahu.

Masa tu umur aku 8tahun, aku duduk rumah nenek aku kat kampung. Lepastu akim dengan amad datang umah nenek aku, die ajak pergi merayap, tanpa meminta izin daripada nenek aku, aku terus ikut dorang.
aku : nak pegi mana weh ?
amad : ikot je ah,
akim : kau reti pnjat pkok ke ?
aku : reti laa, kenapa ?
akim : ok kite geng !
aku : nak pegi mana ni weh ?
akim : dusun buah atuk jamil
aku : buat apa ?
akim : curik buah aa,
aku : oh, ckp la awl. tapi die garang ahh
akim : aalaa, nt kita lari la laju-laju

Sesampai je kitorang kat dusun tu, aku yang paling ghairah, bhahah, aku panjat dulu. Serupa macam monkey punya anak, seingat aku pokok tu pokok manggis laa, tinggi la jugak. Budak-budak ni pulak pergi cop pokok masing-masing. haha, sah tak matang otak kami. Ala lagipun masatu kami ni budak-budak lagi,, abaikan jela. Then, tengah syok-syok menikmati, atuk tu masuk la dusun die ni. den pun apo laite terkejut tahap babun takde muka la, akim and amad dah turun dah, bang-ang betul. Tak tolong aku pulak tu.

Atuk : woi ! ape korang buat tuuuu hahhh ? berani curi buahh aku pulak * cmtulah ayat die, aku tak ingat sangat sebab dah lama .

Aduhh, ape aku nak buat ni? pasrah jelah. baca doa makan kejap, aminn. . . sebab tu je la doa yang aku tahu masa tu hehe ^^ aku dah lah tak reti nak turun pokok, panjat tu reti lah, ahh , terjun jelahhhh !
aku terjun dahh, sebijik macam superman tak pakai spender, dannn akhirnya PAPPPPP ! ADUIIIII ! atuk tu pun terkejut tengok aku jatuh, aku macam biasa aa. Mesti nanges punyaaa , haha. wuaaaa x( pastu atuk tu dah terkejut beruk dah panic die . huhu,  aku jalan slow-slow g pondok berdekatan area tuh, pastu die peg umah die jap, amek first-aid-kid tu. Aku masih lagi dalam keadaan menanges, ^^ kaki aku membengkak. Atuk tu datang, pastu pastu die balut kaki aku dengan bandage.
atuk : ekau ni cucu sapo ?
aku : aa, nama nenek saya sarimah. ^^ *nama artis tu wo
atuk : ooo, cucu sarimah. ekau buek po kek sini ?
aku : aa, curik buah je, akim dgn amad yang ajak. sy ikut je,
atuk : takbaik mencuri la,
aku : laa , tatau pun? *dengan muka blur. haha
atuk : angguk-angguk dan geleng-geleng pale

Pastu, semenjak hari tu, baru aku tau yang atuk ni tinggal sorang je. Dia lah yang banyak ajar aku macam-macam. Dia meninggal pada tahun 2007 masa tu aku darjah lima :( Dan pagi tadi, aku pergi melawat kubur die dekat kubur taman purba tu. haa, rinduu atuk tu :(


Pelik-pelik kat FB ni kan ?

First of all, aku nak bagitahu korang yang mira ni syok kat aku. BHAHHAHA. *mira tengah malu la tu.  tengok die bagi love kat aku ,
p/s: mcm biasa la, kelik pada gmba untuk tumbesaran lanjut :)




yang ni perbualan adik dengan abang, bhahahha ^^ entah ape ape,





ada lagi satu kes ni, sorang cina tuh merayu-rayu mintak numb aku, =,= annoying slut



Kalau chat dengan mmbe pulak, dengan ejjat je kut, die gedik. hahha




dah malu, block aku ^^

haha lawakk , budak zaman sekarang mmg cmni ek ? sikit sikit nak mencarut, kimak la itu la ini la, die taktahu ke kimak tu apa? menghina mak sendiri tu woo, berdosa. Aku advices die, sikit pun die tak amek port, mmg S betul la.. hahaha, baca lah korang. klik pada gamba untuk tumbesaran lanjut yea,








surat cinta

HAHA, cerita pasal surat cinta, siapa pernah dapat surat cinta ? tak pernah ke ? hmm, mungkin sebab sekarang ni dunia dah moden en, hantar mesej emel atau kt fb je. Aku pernah jugak dapat surat cinta ni, tapi masa sekola rendah je la, sebab masa tu aku takde handphone lagi so, takboleh nk texting-texting lgpun aku masatu jahil lagi bab-bab multimedia semua ni. KAHHKAH. Semalam aku takde keje tau, aku buat dajal kat rumah jiran-jiran terdekat ni, lawak la jugak sebab aku hantar surat cinta kat semua jiran-jiran aku. Alahai, dorang bukan tahupun aku yang buat, pagi tadi heboh laa. Makcik depan rumah aku tuu,
panggil-panggil mak aku. Time tu aku tengah online, mak aku cite.


macek depan : mah mah, kau ade dapat surat tak ?
mak aku : haa ? surat apa kak ?
macek depan : ni haaa, entah sapa bagi akak surat cinta *smbil menunjukkan surat,
mak aku : ohh, haha. nmpknye akk ada peminat
macek depan : =,= hahahah
cik milah : kau dapat jugak ke liaa ?
macek depan : haah kak, tulisan sapa ni ?
mak aku : macam tulisan anak aku je *ckp dlm hati
cik milah : hahahaha, kita yang dah tua ni pun die nak mengorat ?
mak aku : T____________T

Masatu, aku dok terintai-intai disebalik langsir hellokitty bilik aku, hahahaha. tagune punya macek, mengumpat aku la tu. Hesh. Malam tu berangin dan berminyak angin la mak aku sebab pening aku buat hal, pastu die cite pulak kat abang aku, abang aku siap bagi aku bebelan percuma lagi,
''makcik pun kau nak kenekan ke ? dorang bukan reti baca pun. enta pape kau ni, baca buku taknak, merapu merepek nak pulak kau'' keesokan harinya, mak aku buat bodoh je, kahkah. Takkan nak bgtau aku yang buat pulak ? gilaa . dush dush . ni lah apa yang aku tulis and hantar kat makcik-makcik tu. KAHKAHKAH.



ALONG sungguh PEMURAH :)

SAYA BUKAN ALONG, SAYA CUMA MAHU TOLONG. Ni bukan pemungut hutang tu la, ni ALONG aka abang aku. Semenjak duemenjak tigemenjak ni die sangat pemurah, aku turut kagum dengan kemurahan dirinya yang begitu drastik dan mengejut tu. HAHA. Lepas die kahwin, hanya aku je adik yang mithali yang sanggup memberikan pertolongan tenaga dan yang paling banyak membantu. Cehceh, aku bukannya apa kesian tau banyak bende die kene settlekan, *ceh, padahal aku tolong dia sebab nak dpt upah je, kekekeke. Agak hipokrit kan? tapi apa boleh buat, hidup aku bertemakan satu slogan je, BIAR HIPOKRIT, ASAL AMAN :) aku tahu korang tak paham, jadi jangan cuba-cuba nak buat-buat paham pulak xP

Dulu dia agak kedekot lah jugak, belanja aku pun gulagula dueposen je, kdekot en? HAHA. Tapi, sekarang die dah berubah, berubah gilagila. Bawak aku peg shoppin la, wayang, bowl, bla bla bla. Haa, rasa mcm mimpi pulak kadang-kadang tu. Dulu dia suka buli aku, aku kecik tak berani lagi nak melawan. Aku diam jela. Heh, aku banyak buat hal kut, sebab tu die pukul, suka sangat cepuk pale aku. Hish, ayie dengan alang tak pernah pulak pukul aku. Kalau akak aku pulak, berani die pukul, memang aku berani lah terajang balik, sebab die jenis awwwwwww~ HAHA


gege pendek yang COMEL :D

Vanakam, AHAHA, pagi ni aku boring gila dan takboleh tido, aku taktahu kenapa penyakit takboleh tido ni merebak ke seluruh anggota badan akhir-akhir ni .Mungkin angau bercinta barangkali ?  yekee ? eyuwww ! mana ade lahhhh , hish ridiculous.
haha, di pagi yang sejuk angin kipas sepoi-sepoi bahasa tamil ni, aku nak bercerita tentang seorang jejaka cun melecun ni, cun wehh ! aku yang kacak bergaya ni pun terpikat dengan die. nak numb dia ? sila informkan diri anda di shoutbox yea,  BHAHAHAH. Tadi aku tanya gege, nak buat tajuk apaa yaa ? ada ke beliau suruh aku buat cerita pasal apa yang aku buat hari-hari. mereng punya gege. HAHA, pastu aku dapat idea tak rasmi, aku tulis pasal gege lah, kan senang :)

 

Dia ialah ASHMAN anak kepada ISMAIL , cun tak ? cun aann ? awwww ~ haha
Ni lah rupa bentuk hasil daripada titik peluh jari aku menaip dan mengedit tau , terimakasih jariku yang halus mulus, tanpa dikau siapalah aku, eh, tanpa jari , takbolehlah aku menaip dengan sempurna :) baru betul :)

apa yang aku suka dekat gege ? hmm, banyak yang aku suka kat dia ni,
- suka merepek dengan beliau, miss all those moments forever and ever *jiwang=,=
- dea comel, pendek dan sengal, kuat merapu entah apa dia merapu aku taktau
- selalu backup ak, asal ade numb kacau aku je mesti aku ngadu kat dea .HAHA
- tempat aku memperolehi sesuatu , haha. nak apaapa je, mesti mintak kat dea , dia akan bermurah hati belanja aku, ehehe, :D
- dia baik sangat :) aku sayang dea, *tp sayang lg tripple kat syafiq :D


kepercayaan karut =,=



Korang percaya tak aku yang sekarang ni rock kapak masa kecik kecik dulu sungguh sengal imaginasinya ? Ini satu fakta yang benar , jadi, korang wajib percaya .

Masatu umur aku baru 4tahun lah, aku ingat lagi peristiwa tu macam baru semalam *ayat cite spongebob :)
hmm,  waktu tuh aku peminat fanatik encik doremon, semua baju tido, cawan pinggan , langsir cadar, semua bertemakan doremon. Obses sungguh. Ada satu hari tu, birthday aku kot ta sala, bapak aku a.k.a nordin belikan aku patung doremon, aku pun punya happy gilaa pig, terloncat loncat dengan rambut toncet dua, kahkah, agak lawak bagi aku . Ayah aku kata die pergi jepun belikan aku doremon, aku percaya je. Yela time tu aku kecik lagi. Mentang mentanglah aku kecik, die tipunye aku. cis taguna. Masa kecik die tipu aku, masa besar aku balas balik , selalu jugak tipu bapak aku. kehkeh .tak berguna punya anak. *sedaa pun =,=

Ye berbalik pada tajuk yang satu. Patung doremon yang bapak aku beli tu aku simpan atas katil, ada satu senja tu aku tak solat , mak aku kata aku kecik lagi tak wajib *ehe. So, aku tengok la cite doremon. Tengok punya tengok punya tengok, akhirnya tercetuslah sebuah idea yang paling bang - ang di alam semestar ni. Aku en bengong masa tu, aku tengok patung doremon aku tu senyap je. Aku pun amik kesempatan kat die, raba raba poket die, erkk, kosong je ? hahaha, memang lah gila =,= Pastu aku berfikir sejenak, mungkin die nak suruh kita masukkan barang kut sebab tulah die biarkan kosong. Tak pun tokey kedai tu dah curik barang doremon ni tak ? sampai mcmtu skali aku berfikir =,= menakutkan betul. HAHA. Aku pun g la amek gulagula aku smbil berpesan kepada doramon "cik doremon, tlg jaga adik punya candies ek ? jgn bagi kaka dengan abang amek,kalau hilang satu ni , adik tumbuk doremon, paham ?" kahkah, adui, maka bermula kepercayaan karut tersebut dalam diri aku. DOREMON SI PENJAGA GULAGULA :P

saksikanlah, betapa kejamnya aku ,

HAHA, Actually, aku ni mana lah biasa layan budak kecik. Yelaa aku ni anak last, manja dengan mak bapak. Semalam ade dua ekor budak kecik datang ruma aku, anak saudara abang aku punya bini, haa paham ? tak paham sudaa. Masa tu aku tgah tengok cite adnan sendat kat laptop, tengah syok-syok tengok cite tu, tiba-tiba loceng pintu ditekan-tekan, berkali-kali ditekan namun aku tetap meneruskan prinsip buat bodoh aku tu, ahh abaikan. Bialah ayah aku yang bukakkan pintu tu, haha

Pastu budak tu masuk-masuk je terus meluru kat aku, mintak susu kot. sorry dek, akak tadea susu la. HAHA. mintak laa kat mak adek. Cis, menggendeng-gendeng die kat aku. Pahal budak ni ? sangap ke? ahdui, aku tengah syok tengok ni, boleh lagi die cakap, 'kakk, ade cite kartun tak ?' lepas tu lagi sorang pulak ckp 'alaaa , kite nak tengok cite hantu' .. Ni yang aku anti nih, aku tengah tengok cite korang bising-bising pulak, dengan cruelnya, aku berkata ' AHHHH, TAKDEK TAKDEK, P MAIN JAUH JAUH,' hahhaha .bapak kejam en aku? takyah cakap la, semua orang tahu =,= eheh

Aku dah meluat, aku marah ni dan aku lapar. Aku pergi dapur die ikot, aku masuk bilik die ikot, aku pergi tandas pun die ikot, tapi die dduk luar jelah, nak kene hamun dengan aku ? main ikot ikot plak, pastu aku turun pergi kat kereta, bapak aku suruh amek beg, die ikot jugak, haduiiiiiii ! aaaa, nak menanges aku. haha.
bile masuk je dalam quarters, aku terus lari pergi masuk bilik aku, HAHAHAHAH, padan muka budak tu, die takdapat ikut. Lega hati aku, dapat jugak main game dengan tenang.

Sup kentang yang nampak sedap jangan disangka tak ada kolestrol, kegembiraan aku terbantut seketika. chess ! duadua budak tu ketuk pintu bilik aku, 'kakak , jumlah tengok cite kat laptop' . Aku kan kejam . So, aku takde prasaan. aku abaikan mereka dan aku kuatkan lagi volume game tu. kahkahkah. tepat pukul10.00 malam, aku keluar bilik. turun bawah merayau sorangsorang amek angin malam. haha, romantik jugak tempat ni, nak date pun senang kene tangkap basah ni, aku nasihatkan baik jangan date kat sini. hohoho
Pagi tu budak tu bajet merajuk-rajuk la dengan aku. Aku nampak die pastu aku buat senyum plastik barbie doll, mcm tau tau je aku senyum tak ikhlas en, hahah. Die nampak aku je, die lari. Aku ade bele saka ke wei ? agaknya, aku ni terlampau hensem kot sebab tu dia takut nak dekat.

Kita reverse balik ape yang aku buat kat dorang malam tadi, lepas dorang ketuk pintu bilik aku secara berulang-ulang kali, maka berat badan aku pun turun lah setengah kg, dan maka dengan seratus percentnya aku pun geram. Aku bukak pintu,
" KORANG NAK HAPAA HAA BUDAK ?"
pastu aku cubit lengan dorang,*ala cubitcubit manje je, ehe
Nasib baik segala kaum kerabat dorang ade kat ruang tamu, bilik aku pulak belakang skali, So, aku terselamat daripada mendengar bebelan atau caci makian daripada makbapak aku, ekekeke

nasihat aku : kasihani lah budak kecil, jangan jadikan diorang sebagai tempat untuk melepaskan amarah korang, yayaya, nasihat ini ditujukan kepada diri sendiri, aku tahu tu wassalam :)


Hantu mak Limah pulang ke Rumah

Assalamualaikum kum kum kum , salam sejahtera, salam satu malaysia, salam duit raya dan salam salam yang sewaktu dengannya. yaaa, harini aku nak merapu pasal hantu, tahukah anda apakah itu hantu ? hantu ialah sejenis makhluk yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar, hantu wujud daripada kalangan syaiton yang ingin menakut-nakutkan manusia , entahlah aku taktau ape motif syaiton tu. Aku pun pernah jugak kena, malas nak cite pasal tu. Okeehh berbalik pada tajuk, semalam aku tido appartment nordin, haha. masukmasuk je en, tengok-tengok bersepah. Padahal baru je kitorang kemas haritu, hm ? musykil musykil



ni lah dea, tak mewah mana pun =,=
 
ni pintu masuk, masuklah jangan malu2.
Buat macam rumah org ea
 HAHA


Tu bilik air, ni lorong nak pergi bilik abg aku,

ni blik aku, takde pape pun dalam tu, katil pun
tkbeli lagi, -,-

ni dapur, aku malas nak masuk sini, sebab
nanti mak aku suruh aku tolong die,
tu sebab aku tangkap dari luar je,
 eheh
 Huhh, tadi rumah ni 'berubat', orang tu die tabur beras warna kuning kat semua bilik dalam rumah tu, entah pahal entah aku tak rasa apa-apa pun tinggal kat sini , mungkin abang aku tu penakot sangat kut, bhahhaha, setahu aku kat situ hanya ada seko hantu je, ni hahh hantu dea,

ni lahh, hantu anak cik noormaah yang taknak balik
 rumah tu, hensemm tak ? peaceeee :)


kepercayaan karut =,=








Korang percaya tak aku yang sekarang ni rock kapak masa kecik kecik dulu sungguh sengal imaginasinya ? Ini satu fakta yang benar , jadi, korang wajib percaya .

Masatu umur aku baru 4tahun lah, aku ingat lagi peristiwa tu macam baru semalam *ayat cite spongebob :)
hmm,  waktu tuh aku peminat fanatik encik doremon, semua baju tido, cawan pinggan , langsir cadar, semua bertemakan doremon. Obses sungguh. Ada satu hari tu, birthday aku kot ta sala, bapak aku a.k.a nordin belikan aku patung doremon, aku pun punya happy gilaa pig, terloncat loncat dengan rambut toncet dua, kahkah, agak lawak bagi aku . Ayah aku kata die pergi jepun belikan aku doremon, aku percaya je. Yela time tu aku kecik lagi. Mentang mentanglah aku kecik, die tipunye aku. cis taguna. Masa kecik die tipu aku, masa besar aku balas balik , selalu jugak tipu bapak aku. kehkeh .tak berguna punya anak. *sedaa pun =,=

Ye berbalik pada tajuk yang satu. Patung doremon yang bapak aku beli tu aku simpan atas katil, ada satu senja tu aku tak solat , mak aku kata aku kecik lagi tak wajib *ehe. So, aku tengok la cite doremon. Tengok punya tengok punya tengok, akhirnya tercetuslah sebuah idea yang paling bang - ang di alam semestar ni. Aku en bengong masa tu, aku tengok patung doremon aku tu senyap je. Aku pun amik kesempatan kat die, raba raba poket die, erkk, kosong je ? hahaha, memang lah gila =,= Pastu aku berfikir sejenak, mungkin die nak suruh kita masukkan barang kut sebab tulah die biarkan kosong. Tak pun tokey kedai tu dah curik barang doremon ni tak ? sampai mcmtu skali aku berfikir =,= menakutkan betul. HAHA. Aku pun g la amek gulagula aku smbil berpesan kepada doramon "cik doremon, tlg jaga adik punya candies ek ? jgn bagi kaka dengan abang amek,kalau hilang satu ni , adik tumbuk doremon, paham ?" kahkah, adui, maka bermula kepercayaan karut tersebut dalam diri aku. DOREMON SI PENJAGA GULAGULA :P

apa KES ?

sorry sebab dah lama tak update blog. Bukan taknak hapdate, cuma keadaan yang memaksa aku berbuat begitu, ecehh . *act, aku memang malas pun nak update,

Cerita pasal next year, umur aku dah 15tahun. ADUHHHH ! stoke with PMR, my god :( help me,
huhh, ceh my abang was very very spiteful, ejek ejek aku like "HAHAHA, BUDAK PMR" disgusting tahuu ? rasa geram dan marah yang bercampur baur menjadi satu telah aku semadikan menjadi debu =,= ni ayat ape ni fidaa ? patut lah bm kau tak pernah dapat A, sedih betul aku :(

Mak dan Ayah, jangan cerita laa. Dorang paling excited, macam dorang pulak yang kene amek PMR, haha, Siap anta aku tusyen , tempat punya lah exclusive. bajet hott je kan =,= pastu en, siap kenekan rules kat aku , hayoyoyo mami dadi todi brandi bendi , jangan lah begitu . Segala gadget yang aku ade semua die sorok, mana dorang sorok ? hanya TUHAN yang tahu , aku redha sesungguhnya . cewah :)
haduii , dorang sorok DECK , XBOX, LAPTOP, MODEM, PS2 . mak oiiiii ! gila lahh aku , harihari ngadap BOOKBOOKBOOK, kalau FACEBOOK tu boleh lagi aku bersabar . haha. aduih ,


sebuah keluarga yang bahagia :)



Peranan aku sebagai seorang ayah yang hensem dan menawan amatlah penting , aku harus bekerja siang dan malam =,= ekekeke , dan mendidik anak bini aku yang busuk tuh , ekin memang busuk , lebih busuk tujuh kali gande drpade aku xP

Ekin memainkan peranan sebagai mak yang selalu dibuli oleh aku, aku slalu pao duit dia,  hoho , dia ni lemahlembut , akibat terlampau lemah, aku pun buli lah die . ecehh xD

Ira pula, anak kami hasil daripada hubungan sulit yg kami lakukan * apeni ? bengong . haha, mainmain je,
ira anak ahmad , ahmad bapak ira,  Jangan kau fikir merapu . mana syllabus kau belajar permpuan dengan perempuan dpt anak perempuan ? kalau laki dengan perempuan dapat anak perempuan tu baru logic magic =,=



Baskin Robbins thirtyone , everyone ♥♥♥ icercream :)




woahhh ! geramgeram aku tengok icercream yang comelcomel ni :) Haritu balik dari Perak , satu family singgah dekat R&R tu , ta ingat R&R yang mana sebab banyak sangat R&R nye , HAHA . Along aku belanja makan dekat baskin robbins . AWWWW ♥ suko den , Aku pilih perisa veryvery strawberry dengan mango sour , sedappp ! ade banyak dalam dia,  harga dia pun normal , takde lah mahal sangat :) due belas ringgit jea dua perisa :) ♥ satu perisa enam ringgit . ehh aku buat promosi pulak . HAHA


Hari kejatuhan fidaa hawks,

Tak kenang budi punya skateboard , aku polish kau hari-hari and jaga kau takbagi kecalaran di surface area kau, dan ini yang kau bagi kat aku ? grrrrrr , sudah cukup jatuhh ditimpa tangga, ditimpa lagi dengan skateboard . Apa masalah tayar kau ni ? bukan ke aku dah tuka jelly wheel untuk skate on pavement , salah aku barangkali yelaaa aku ni bahajett je reti buat sume skill . HAHA. Begini ceritanya , kan appartment abah aku tingkat tiga kan . So, ntah mana satu urat saraf dalam otak aku putus kreatif sangat aku ni , pergi buat grind dekat pemegang tangga tu , fulllamaaaakk ! Terer kan aku ? puji weh puji . ekeke. Bapakk ahh , nasib baik bapak den tado kat rumah mase tuh , di tingkat dua nasib tidak menyebelahi aku mungkin sepatutnya aku kene buat skill kickflips untuk memusingkan badan , syoksyok slidee tuu tibo tibo den jatuh =,= aaaaa !  pinggangg akuuuuu sakittt woo ! Terlanggar jiran tingkat dua tu punya bakul baju , habis terbalik bakul kain makcek tu . makcek tu tengah sidai kain masa tu. ayoyoooo , nasiblahh makcik tu takenal maa abah aku , sebab aku baru pindah mase tuu . hehe. aku pun mintak maaf kat makcik tu legaa hati dia tak membebel dan menyumpah seranah kat aku. Aku salam makcek tu dengan penuh kelembutan softlan . Aku tolong dia angkat balik kainkain tu , comel baju dalam dia, gamba tweety . HAHA. Baju anak dia kot. aaa , tempang kaki aku , terjonkang-jongket aku naik tangga =,= jangan ajak aku hangout selagi kaki aku tak elok !


Tips untuk kuat :)

Assalamualaikum, salam sejahtera *permulaan yang cukup sopan . Harini aku nak bagi tips untuk kuat . Bukan KUAT mende tuh , jangan fikir lain , cepuk hidung kau jap g. Aku menaip berdasarkan pengalaman dan pemantauan yang telah aku buat selama 2jam setengah minit suku saat dan of course ianya bernas . Ekekek .

1. Rajin-rajinkan lah diri anda bermain game untuk kesihatan jari dan kekuatan otot tangan anda. Kalau boleh, habiskan semua game anda dalam satu hari tu. Tekan-tekanlah joystick anda supaya jari anda akan kelihatan langsing dan bertenaga .

2. Duduk goyang kaki juga adalah salah satu daripada aktiviti senaman, goyanglah kaki anda selaju mungkin supaya kaki anda lebih kuat untuk menyepak dan menendang orang.

3. Untuk mengetest kekuatan tulang belakang pulak, rajin-rajinkanlah diri anda untuk jatuh katil selalu. Macam aku, bangun-bangun je muka bertepek atas lantai. ekekekeke . Kalau boleh , katil yang dua tingkat tu tauu , baru mencabar. Pastikan anda jatuh ke bawah dan bukan keatas.

4. Adakah kepala anda sudah cukup keras ? anda pasti? Kalau tak cukup pasti, cubalah hentakhentakkan kepala anda di dinding, kalau pecah berdarah tu bermaksud kepala anda tidak cukup keras lah. jika kepala anda betul-betul pecah ,saletiplah balek kepala tu, and dapatkan khidmat rawatan daripada doctor secepat mungkin.