Tips untuk kuat :)

Assalamualaikum, salam sejahtera *permulaan yang cukup sopan . Harini aku nak bagi tips untuk kuat . Bukan KUAT mende tuh , jangan fikir lain , cepuk hidung kau jap g. Aku menaip berdasarkan pengalaman dan pemantauan yang telah aku buat selama 2jam setengah minit suku saat dan of course ianya bernas . Ekekek .

1. Rajin-rajinkan lah diri anda bermain game untuk kesihatan jari dan kekuatan otot tangan anda. Kalau boleh, habiskan semua game anda dalam satu hari tu. Tekan-tekanlah joystick anda supaya jari anda akan kelihatan langsing dan bertenaga .

2. Duduk goyang kaki juga adalah salah satu daripada aktiviti senaman, goyanglah kaki anda selaju mungkin supaya kaki anda lebih kuat untuk menyepak dan menendang orang.

3. Untuk mengetest kekuatan tulang belakang pulak, rajin-rajinkanlah diri anda untuk jatuh katil selalu. Macam aku, bangun-bangun je muka bertepek atas lantai. ekekekeke . Kalau boleh , katil yang dua tingkat tu tauu , baru mencabar. Pastikan anda jatuh ke bawah dan bukan keatas.

4. Adakah kepala anda sudah cukup keras ? anda pasti? Kalau tak cukup pasti, cubalah hentakhentakkan kepala anda di dinding, kalau pecah berdarah tu bermaksud kepala anda tidak cukup keras lah. jika kepala anda betul-betul pecah ,saletiplah balek kepala tu, and dapatkan khidmat rawatan daripada doctor secepat mungkin.